JENIS-JENIS KAIN BATIK SUTERA
Kain benang sutera yang telah wujud di
Negara China sejak tiga milinium sebelum Masihi lagi, kini telah pun
berada di seluruh pelusuk dunia. Tidak terkecuali Malaysia, terutamanya
Terengganu yang terkenal dengan pembuatan halus batik-batik suteranya.
Sutera sebenarnya ialah gentian
protein semulajadi yang kemudiannya ditenun menjadi tekstil. Hasil
ujikaji dan penemuan-penemuan terbaru telah membawakan kepada kita
pelbagai jenis fabrik sutera pada hari ini.
Antara fabrik Batik Sutera:
~ Kain Sutera Jacquard
Antara jenis sutera yang
popular. Sememangnya terkenal dengan kualiti terbaik di dalam industri
batik sutera. Menjadi pilihan ramai kerana kainnya yang lembut, sejuk
dan selesa dipakai dan kainnya tidak mudah pecah apabila digosok atau
dibasuh. Disamping itu harganya juga berpatutan dan mampu milik.
Ditambah
pula dengan hasil kerja tangan pencanting batik yang berkemahiran
tinggi, maka terhasillah koleksi Sutera Jacquard yang hebat untuk anda!
~ Kain Sutera Crepe
Juga antara yang popular.
Kainnya agak nipis tetapi tidaklah senipis chiffon. Bergantung kepada
pemakai samada hendak memasang alas baju (lining) atau tidak.
Kebiasaannya tidak perlu, memandangkan kainnya yang tidaklah terlalu
jarang.
Jenis kain ini sangat lembut dan sejuk dan semestinya juga amat selesa dipakai.
~ Kain Sutera Satin
Antara koleksi kain sutera
terbaik. Memiliki kualiti sutera yang sangat tinggi dan amat sedap
dipakai. Kain jenis ini nipis, lembut dan halus buatannya justeru itu
harganya pun agak tinggi berbanding yang lain. Walau bagaimanapun,
membeli sutera ibarat ‘alah membeli menang memakai’.
~ Kain Sutera Jacquard-Chiffon
Rekaan terkini di dalam industri batik sutera. Namun begitu kain chiffon nipis maka perlulah dibuat alas baju (lining).
Biasanya
gabungan kain ini dijadikan dalam bentuk 2 meter sutera jacquard yang
selalunya dijadikan kain dan 2 meter lagi dari jenis chiffon untuk baju.
WALAU APA JENIS KAIN SEKALIPUN, JAMINAN HANYA YANG TERBAIK DARI BATIK SUTERA CANTIK UNTUK SEMUA.